ARTIS kontroversi, Aliff Aziz mengakui sudah lebih 40 hari dia tidak berhubung dengan isterinya iaitu penyanyi Bella Astillah dan dua orang anak mereka.
Menerusi podcast temu bual di YouTube TheCommonFolks SG, Aliff berkata, dia berasa takut untuk mendengar suara Bella setelah sekian lama tidak menghubungi isterinya itu.
“Kali terakhir saya bercakap dengan Bella dan anak-anak mungkin lebih 40 hari lalu. Memang tak ada komunikasi sejak beberapa minggu ini.
“Masa yang agak lama, membuatkan saya jadi takut nak dengar suara Bella dalam telefon… ia satu benda yang menakutkan buat kita, bila saya dengar, jadi takut.
“Bukan nak larikan diri daripada masalah itu… umi pun ada tanya tak nak bercakap dengan dia (Bella) ke. Bukan tak nak bercakap, tapi sebab dah jadi keadaan yang huru-hara.
“Dah lama tak bercakap, tak tahu nak cakap macam mana. Gap itu dah buat saya tak tahu nak cakap apa. Sangat sukar, sebab saya tak tahu nak mula macam mana,” katanya.
Terdahulu, tular satu klip yang dimuat naik di Instagram TheCommonFolkssg memperlihatkan Aliff menangis ketika ditanya mengenai isterinya, Bella Astillah.
Menerusi podcast The Common Folks, Aliff Aziz menerangkan mengapa dia mendiamkan diri tentang kemelut yang melanda dirinya selama ini.
Disoal tentang mengapa diaa mengeluarkan cerita-cerita aib tentang Bella, Aliff mengaku bersalah dengan tindakan yang dilakukannya.
Sekadar info, pada 13 Mac lalu, Bella mengambil keputusan memfailkan cerai terhadap Aliff secara ekspres di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.
la susulan Aliff dan pelakon Ruhainies dicekup berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara.
Aliff bagaimanapun enggan menceraikan Bella pada sebutan kedua kes tersebut pada 4 April lalu kerana masih sayangkannya dan mahu mempertahankan rumah tangga mereka.
Isu di antara mereka semakin rumit apabila muncul seorang wanita, Sarah Yasmine mendakwa dia adalah kekasih Aliff sejak Januari lalu.
Sarah turut mendedahkan pelbagai tangkap layar perbualan WhatsApp dipercayai di antara Aliff dan individu dinamakan sebagai 'NRF.'
Pendedahan itu membuatkan ramai bengang selain isu itu turut mengaitkan beberapa selebriti lain seperti Emma Maembong, Chacha Maembong, Caprice, Sophia Albarakbah dan Meerqeen. - Gempak
Gempak
Fri May 03 2024
Gambar fail Aliff Aziz bersama isterinya, Bella Astilah dan dua orang anak mereka. - Foto Gempak
Jangan bimbang dengan peraturan baharu - China
China yang mempunyai pertikaian kedaulatan maritim dengan Filipina dan negara lain yang menuntut wilayah, telah mengeluarkan peraturan baru yang berkuat kuasa pada 15 Jun.
Harimau Malaya 'tempang' harungi aksi kelayakan Piala Dunia/Piala Asia
Skuad kebangsaan bakal mengharungi baki dua perlawanan terakhir kumpulan bagi aksi kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 tanpa lima tonggak utama yang terpaksa diketepikan pada saat-saat akhir.
Pesawat SIA alami penurunan ketinggian mendadak
Kementerian itu menambah, pada pukul 7.49 pagi waktu tempatan, 21 Mei, pesawat itu sedang melepasi selatan Myanmar pada ketinggian 37,000 kaki dan kemungkinan terbang di kawasan yang sedang berlaku aktiviti perolakan.
Korea Utara hantar lebih 200 belon sampah ke Korea Selatan
Tentera Korea Selatan memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak menyentuh belon putih dan beg plastik yang melekat padanya kerana ia mengandungi sisa kotor dan sampah.
28 maut, lebih 20 cedera bas jatuh gaung di barat daya Pakistan
Sekurang-kurangnya 28 orang terbunuh dan lebih 20 orang cedera dalam kemalangan bas di daerah Washuk, wilayah Balochistan, barat daya Pakistan.
Tun M persoal kenapa penuntut di Malaysia tak suara bantahan
Bekas Ahli Parlimen Langkawi itu melahirkan rasa kagum melihat mahasiswa dan mahasiswi universiti di Amerika dan Eropah berdemonstrasi menyokong Palestin dan mengutuk Israel.
IFRC tuntut penyelesaian politik, gencatan senjata
Kate Forbes menegaskan, peperangan yang hampir memasuki lapan bulan perlu dihentikan bagi membolehkan penyaluran bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Jemaah kirim kurma, jubah hingga 40kg melalui Pos Laju di tanah suci
Lembaga Tabungn Haji (TH) memudahkan urusan jemaah haji Malaysia untuk mengirimkan brangan seperti kurma, jubah, sejadah dan cenderahati dari Tanah Suci melalui khidmat ditawarkan Pos Malaysia Bhd melalui perkhidmatan kuriernya, Pos Laju di Mekah dan Madinah.
Kerajaan Perpaduan belum mesyuarat pilih calon
Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan setakat ini belum mengadakan mesyuarat berhubung pemilihan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.
DBKL akan sediakan empat kontraktor di setiap kawasan Parlimen
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menydiakan empat kontraktor bagi setiap kawasan Parlimen untuk kerja-kerja penyelenggaraan pokok di ibu negara.
Aepul Roza akui tumpang publisiti, populariti libatkan kontroversi artis
Jelas Aepul, langkah yang diambil tepat dengan situasi yang menggemparkan industri seni tempatan jika memandang dari aspek perniagaan dan bisnes.
Bella Astillah sebak dengar janji Ayden sempena Hari Ibu
Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja mendengar ucapan anak sulungnya, Ayden Adrian sempena Hari Ibu.
Sudah lebih 40 hari Aliff tidak bercakap dengan Bella, anak-anak
Aliff berasa takut untuk mendengar suara Bella setelah sekian lama tidak menghubungi isterinya itu.
Aliff Aziz 'buka mulut’ isu ditangkap khalwat dengan Ruhainies
Enggan tuding jari pada Bella Astilah yang didakwa menjadi dalang, sebaliknya, anggap itu kesilapan sendiri.
"I’m sorry" - Aliff Aziz menangis teresak-esak mohon maaf pada Bella Astillah
Aliff Aziz akhirnya bersuara, mengaku salah dengan tindakan yang dilakukannya.
Ruhainies mohon maaf kepada Bella Astillah, luah hasrat untuk bertemu
"Dengan rasa rendah hati, saya ingin mohon maaf kepada Bella Astillah atas segalanya yang telah berlaku."
'Kekasih Gelap' dakwa kecewa ditipu, akui Aliff Aziz 'pasang dua' ketika jalin hubungan istimewa dengannya
"Saya merupakan kekasih kepada Aliff Aziz sejak Januari 2024, memang kedengaran agak mengejutkan tapi itulah kenyataan..."
Ruhainies sambut Aidilfitri di Tanah Suci, mohon maaf pada semua
"Semoga Allah bersihkan hati, sucikan diri," pinta Ruhainies.
Masih sayang, Aliff Aziz mahu pertahan perkahwinan dengan Bella Astillah
Masih sayang dan mahu pertahankan rumah tangga demi anak-anak merupakan alasan utama penyanyi Aliff Aziz enggan menceraikan isterinya iaitu pelakon dan penyanyi Bella Astillah.
Aliff Aziz tidak mahu ceraikan Bella Astillah
Pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz enggan menceraikan isterinya, Bella Astillah, di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Khamis.